Thursday, April 15, 2010

Sharing is caring :)

Asal Usul Solat

SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam
a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.
Perkara pertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut
yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana
terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana
siang telah menjelma.

ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat
pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan
bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya
digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat
pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut
ikan Nun.

MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa
a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa
lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,
iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah
yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke
atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat
pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap
saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat
keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

No comments:

Loves...

Grab me!

Photobucket

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP